Rabu, 30 April 2014

DALIL MELARANG MELAKUKAN KEROSAKAN DI ATAS BUMI

“Alam sekitar ialah yang merujuk kepada kehidupan ciptaan Ilahi dan kebudayaan yang wujud di mana manusia dapat menjalani kehidupan di dalamnya”. (Rujuk: Muhammad Abd al-Qadir Al-Fiqqiyy. 1993. Al-Bi’ah Musykiluha wa Qadayaha. Kaherah: Maktabah Ibn Sina. Hal. 9.)

Allah menegaskan hal ini melalui firman-Nya yang bermaksud: Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). (al-Rum: 41).

Sesungguhnya dunia ini cantik dan subur menghijau dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu (wahai manusia) selaku pengurusnya dan apa yang terdapat padanya. (Al-Tirmizi, Muhammad bin Isa. 2004. (Rujuk: Jami’ al-Tirmizi. Kitab al-Fitan. Hadis No. 2191. Riyadh: Bait al-Afkar al-Dauliyyah)

Pokok-pokok yang subur menghijau bukan sekadar dilihat sebagai ciptaan Allah yang mendamai dan menakjubkan, bahkan Rasulullah SAW mengajar umatnya agar memeliharanya daripada ditebang dan dimusnahkan. Ini terserlah melalui larangan keras Baginda terhadap usaha penebangannya yang tanpa sebab dan melampau bermaksud: “Barang siapa yang memotong pokok (bidara) - tanpa manfaat atau kepentingan - nescaya Allah SWT akan menghumbankan kepalanya ke jurang neraka”. (Rujuk: Abu Daud, Sulaiman bin al-Asy’ath al-Sijistani. T.th. Sunan Abi Daud. Kitab Adab. No. Hadis: 4561. Juzuk 4. Hal. 361).



SUMBER : http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/515/islam-larang-rosakkan-bumi


adab terhadap harta benda awam





Jumaat, 18 April 2014

ADAB :)

adabakhlak, kesopanan, moral, dan kehalusan budi, budi luhur, manusia beradap iaitu manusia yang memiliki akhlak yang mulia yang berbudi pekerti luhur, memiliki moral yang tinggi
jenis adab - adab berpakaian, adab masuk masjid, adab ibu bapa, adab menjaga harta awam da banyak lagi...

  

                    

sumber : youtube

Rabu, 16 April 2014

catatan ke 2

Namakan tempat dan harta benda awam ini. 

Apakah maksud tempat dan harta benda awam?

Tempat dan harta benda awam adalah segala kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk kegunaan orang ramai.

Apakah perbezaan antara tempat dan harta benda awam dengan hak persendirian.

Hak persendirian ialah harta benda itu adalah kepunyaan kita, dibeli sendiri contohnya kereta, rumah, basikal, rumah kedai dan lain-lain.

Harta benda awam , pemiliknya ialah pihak yang menyediakan iaitu kerajaan.Semua orang boleh menggunakannya.

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKLHLAK ISLAMIAH

TAJUK PELAJARAN : ADAB TERHADAP TEMPAT DAN  HARTA BENDA AWAM

CONTOH TEMPAT DAN  HARTA BENDA AWAM